Shire of Roebourne Logo   Language - Malaysian

 Home
 About Us
 Advertising
 Calendar of Events
 Community Groups
 Contact Us
 Cossack
 Council
 Cyclone Info
 Employment
 Facilities
 History
 News&Info
 Services A - Z
 Visitor Info
 Youth
 Sear
ch

 

Malaysian Language Dog & Cyclone Information

Perkhidmatan
Penjgawasan
Majlis Daerah Roebourne

PENCEGAHAN ANCAMAN ANJING

SEMUA ANJING HARUS DIDAFTAR
DENGAN MAJLIS MULAI UMUR TIGA (3) BULAN

DOKTOR HAIWAN ANDA
Karratha Veterinary Hospital
Tel: 9185 1600

PENGENALAN ZON BAHAYA

Sememangnya, ada tempat atau keadaan di mana anjing kerangkali mungkin menjadi agresif. Dengan kesedaran akan zon bahaya ini anda mungkin dapat mengelak diri anda daripada digigit oleh anjing atau jika anda adalah tuan anjing tersebut anda dapat mengelak orang lain daripada digigit oleh anjing anda. Jika anda memiliki anjing yang bersifat agresif, anda patut mencari nasihat ahli profesional sebelum orang awam digigit oleh anjing anda .

ZON BAHAYA TERMASUK

  • DI KAWASAN PEMILIK ANJING
    Anjing mungkin menjadi agresif terhadap orang yang ia anggap sebagai penganggu.
  • DI SEKITAR KAWASAN PEMILIK ANJING
    Anjing gagal untuk mengenali sempadan pagar atau lorong sebagai kawasan batasannya.
  • DI DALAM KERETA ATAU ATAS BELAKANG LORI
    Anjing mungkin menganggap kenderaan sebagai bahagian kawasannya dan mengigit orang yang mendekati kenderaan tersebut. Jika anjing sedang duduk dalam kereta, sila jangan membuka tingkap kereta ke paras yang boleh menyebabkan anjing tersebut terlepas dan mengigit seseorang.
  • DI TAMAN ATAU JALAN YANG BIASA DILALUI OLEH ANJING DAN TEMPAT DI MANA ANJING BERKENCING UNTUK MENANDA KAWASANNYA.
  • APABILA BERJALAN DENGAN TALI PENGUASAAN, ANJING MUNGKIN MENJADI AGRESIF TERHAPAP ORANG ATAU ANJING YANG LALU-LALANG AKIBAT CUBA MELINDUNGI TUANNYA.
  • BILA ANJING BERDEKATAN DENGAN TUANNYA ATAU KANAK-KANAK TUANNYA
    Jika seseorang cuba menyentuh tuannya, anjing mengaggap orang tersebut sedang mencuba untuk mengancam tuannya lalu mengigit orang itu.
  • BILA ANJING ITU DIPEGANG KUAT ATAU DITARIK TALI LEHERNYA.
  • BILA ANJING TERASA TAKUT, TERPERANGKAP DALAM SUDUT DAN TIDAK DAPAT LEPASKAN DIRI.
  • BILA ANJING SEDANG MEMILIKI TULANG ATAU ALAT PERMAINAN, ATAU DERDEKATAN DENGAN MAKANAN ATAU TEMPAT TIDURNYA.

PENGAWASAN ANJING DENGAN KANAK-KANAK

Anjing dan kanak-kanak tidak seharusnya diletak bersama tanpa pengawasan. Walaubagaimanapun baiknya anjing itu, keadaan yang berbahaya mungkin wujud jika anjing tersebut sakit, terasa takut, terperangkap dalam sudut atau rasa terancam.

Kanak-kanak tidak seharusnya peluk atau cium anjing. Kerap kali, muka kanak-kanak digigit oleh anjing akibat kanak-kanak cuba memeluk anjing tersebut.

Kanak-kanak patut diajar menjaga binatang dengan lemah lembut dan cermat.

Orang dewasa yang menjaga anjing dengan kanak-kanak patut awasi keadaan merbahaya yang mungkin wujud:

  • Apabila makanan wujud di kawasan tersebut.
  • Anjing tersebut terasa takut atau terasa bangkitkan.
  • Apabila anjing terasa sakit.
  • Apabila anjing mempunyai anak-anak anjing.
  • Apabila dua anjing bergaduh atau bermain bersama-sama.
  • Bila kanak-kanak lain yang melawat rumah berada bersama dengan anjing tersebut.
  • Bila kanak-kanak bermain berdekatan atau di dalam tempat tidur anjing.

Anjing anda mungkin perlu diajar untuk memakai sarung mulut jika anda was was dengan tindakan anjing anda dengan kanak-kanak.

Sila jangan lupa untuk memuji atau memberi ganjaran untuk anjing bila berkelakuan baik. Latihan ketaatan boleh menguasai kelakuan anjing anda.

Rancangan Masyarakat
ditadbir oleh AMREX
dengan kerjasama Majlis Daerah Roebourne
dan Persatuan Doktor Haiwan Australia

Perkhidmatan 'Pengawas Anjing' boleh hubungi di 9186 8528 pada waktu pekerjaan biasa atau di 9186 8529 di luar waktu pekerjaan.

Perkhidmatan telefon mudah alih atau telefon bimbit boleh dihubungi dengan nombor 0417 093 823 atau 0408 090 412.

Back to Top


PERSEDIAAN MUSIM PUTING BELIUNG

Musium Puting Beliung berlanjut mulai 1 hb. November sehingga 30 April. Sebelum musim ini langkah-langkah di bawah harus diambil:

  • Bersihkan kawalan tempat tinggal atau kawasan perkerjaan anda daripada barang keperluan yang tidak dikenhendaki dan sampah sarap.
  • Pokok-pokok tinggi harus ditebang supaya terlindung dari angin kencang.
  • Bersihkan sampah dan sumbatan daripada longkang.
  • Dapatkan atau sediakan barang-barang keperluan kecemasan seperti kotak kecemasan, lampu suloh, bateri untuk radio tangan, makanan dalam tin, bekas air dan lain-lain lagi.
  • Merancang tempat perlindungan untuk binatang ternakan anda.
  • Mementukan lokasi dan menubuhkan kawasan bebas Puting beliung untuk melindungi van, perahu, treler dan lain-lain lagi.
  • Mengambil tahu tentang tahap-tahap puting beliung seperti berikut:

TAHAP BIRU

Suatu Puting beliung telah terbentuk dan mungkin akan memusnahkan kawasan dalam 48 jam. Sila pastikan semua aktivit-aktiviti persediaan musim Puting beliung telah diambil.

  • Sila kosongkan kawasan anda daripada barang-barang dan sampah sarap yang tidak dikehendaki.
  • Sila tentukan skrin Puting beliung boleh diperolehi dan telah dipasang dengan betul.
  • Bantuan kecemasan dalam tangan.
  • Pastikan alat atau tali untuk mengikat van, perahu, treler dan lain-lain kenderaan boleh diperolehi.
  • Pastikan air digunakan secara ekonomi.

TAHAP KUNING

Suatu Puting beliung sedang bergerak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal dan akan kelihatan dalam 12 jam. Sila patuhi aktiviti-aktiviti berikut:

  • Pastikan semua barang-barang di keliling rumah, kedai-kedai, bangunan berindustri dan kawasan perkerjaan anda telah diletak di tempat yang selamat.
  • Pastikan semua skrin Puting beliung telah dipasang dan berada pada posisi dengan betul.
  • Pastikan van, perahu, treler dan lain-lain lagi diikat dengan betul.
  • Sediakan tempat perlindungan untuk binatang ternakan.
  • Pastikan kenderaan anda telah penuh diisi dengan minyak.
  • Isikan baldi kecemasan dengan air dan pastikan semua keperluan kecemasan lain telah diperoleh.

TAHAP MERAH

Puting Beliung akan tiba tidak lama lagi.

  • Semua individu harus berlindung dalam rumah atau tempat perlindungan bila Puting beliung tiba.
  • Pastikan binatang semua binatang ternakan adalah terlindung.
  • Apabila berhenti memandu pastikan kenderaan anda telah diletak di tempat yang paling terlindung. Gunakan brek tangan, dan roda gigi (gear) telah diletak dalam tahap kemunduran.
  • Bila halaju angin menjadi kuat, sila buka jendela rumah yang terlindung daripada tiupan angin kencang dengan sedikit untuk mengurangkan tekanan udara yang sedang bertambah di dalam rumah.
  • Pada masa puncak Puting beliung, jauhkan diri daripada jendela, dan berlindung di dalam kawasan paling terlindung di dalam rumah.
  • Jika 'pusat' Puting beliung melalui kawasan anda, halaju angin akan menjadi kurang untuk seketika, kemudian bertiup kembali dalam arah yang terbalik.
  • Pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah sehingga pengumuman 'semua jelas' telah dibuat kecuali dalam keadaan kecemasan.
  • Kalau anda telah tertangkap di dalam kawasan yang tidak terlindung, sila menuju atau merangkak jika perlu, ke tempat yang lebih selamat dan terlindung. Jika tidak, baring dan pegang tanah atau benda yang kuat supaya tidak ditiup angin kencang.
  • Pastikan anda sentiasa mendengar radio untuk menerima arahan terbaru berkaitan dengan kawasan anda.

IKUTILAH PERATURAN DI ATAS. ANDA BOLEH

SELAMATKAN DIRI DARIPADA PUTING BELIUNG

Back to Top

 


 

   


copyright © Shire of Roebourne 1999
Please read our
disclaimer